HEBOH seorang wanita dilaporkan cuba meracuni anak tirinya sebelum menikam lelaki itu hingga mati.
Kejadian ngeri berkenaan berlaku selepas pemuda itu pulang dari merantau di sebuah negeri di Nigeria
“Seorang pemuda yang baru pulang dari luar negara telah dibunuh oleh ibu tirinya di Osisioma, Abia di Nigeria," memetik laporan dari portal USA Crime.
Difahamkan, angkara tidak berpuas hati dengan pencapaian pemuda berkenaan, wanita itu sanggup membunuh anak tirinya.
Pada awalnya, ibu tiri lelaki itu cuba untuk meracuninya namun rancangan tersebut tidak membuahkan hasil sehingga wanita berkenaan memutuskan untuk membunuhnya.
Wanita itu menikam lelaki berkenaan dengan pisau hingga meragut nyawa.
Menyedari pemuda itu sudah meninggal dunia, wanita berkenaan memutuskan untuk mengebumikan anak tirinya di dalam kubur yang cetek.
Bagaimanapun, rahsia ibu tirinya itu tidak bertahan lama apabila dikatakan roh pemuda itu muncul dalam mimpi rakannya dan meminta supaya membantu mengesan mayatnya.
Rentetan permintaan mangsa bunuh itu, rakan baik lelaki tersebut membawa beberapa pemuda kampung berkenaan untuk ke rumah wanita tersebut untuk tahu di mana mayat sahabatnya dikebumikan.
Ketika tiba di rumah wanita tersebut, seorang lagi lelaki dipercayai suami kepada wanita itu kelihatan bersama ibu tiri mangsa.
Meskipun pada awalnya pasangan berkenaan bertegas untuk tidak memberitahu lokasi kubur mangsa namun selepas disoal kumpulan pemuda kampung itu, akhirnya mereka berjaya menyelesaikan misteri tersebut.
Pemuda berkenaan pergi ke halaman belakang rumah ibu tiri mangsa dan mereka mendapati lelaki muda itu telah dikebumikan di dalam kubur cetek.
Susulan itu, pemuda kampung berkenaan telah memaksa wanita itu dan pasangannya menggali serta memindahkan mayat mangsa.
Malah, sekumpulan pemuda itu juga memaksa pasangan itu berbogel dan mengheret mayat pemuda yang dibunuh ibu tirinya itu ke sekitar bandar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram