Trio 3 Shahrul jadi idaman fans jaga kubu Harimau Malaya


  • Podium
  • Jumaat, 09 Dis 2022

Shahrul Nizam menunjukkan permainan yang lebih matang bersama Terengganu FC. — Facebook

TERENGGANU FC (TFC) menamatkan musim 2022 dengan cemerlang selepas menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua selain bergelar naib juara Piala FA.

Selain kredit kepada bekas jurulatih pasukan, Nafuzi Zain, pujian wajar diberikan kepada barisan pemain yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang musim.

Baik dari pemain di benteng pertahanan hinggalah bahagian serangan, rata-rata memainkan peranan masing-masing apabila khidmat mereka digunakan dalam kesebelasan utama.

Selain pemain sayap lincah, Faisal Halim, seorang lagi pemain Terengganu FC menambat hati para penyokong skuad Sang Penyu.

Pemain yang dimaksudkan ialah Shahrul Nizam yang popular dengan gelaran Nijey dalam kalangan fans skuad Hitam Putih itu.

315250618_564051369059929_7776597749127276330_n

Sharul Nazeem menunjukkan prestasi membanggakan bersama Selangor FC. — Facebook

"Teringat masa mula-mula Shahrul Nizam main kat TFC, bersemangat kalau diturunkan, tapi dalam semangat tu, ada beberapa kali mistake yang dibuat, sampai ada suruh buang dan rehatkan dia.

"Apapun, respect kat coach Nafuzi, tetap bagi peluang untuk Shahrul Nizam, akhirnya dia buktikan yang dia layak bermain, sekarang Shahrul Nizam antara pertahanan muda terbaik yang ada kat Malaysia," kata Fir Daus di laman penyokong Terengganu FC.

Aksi Sharul Nazeem meraikan gol ketika pertemuan Selangor FC dengan Terengganu FC dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia baru-baru ini. — Facebook

Dia turut berasakan gandingan Shahrul Nizam dan bintang muda Selangor FC, Sharul Nazeem atau Afro dalam skuad kebangsaan akan menjadikan pertahanan pasukan lebih digeruni lawan.

"Kalau Shahrul Nizam pair dengan Sharul Nazeem mesti padu. Dua pemain muda yang semakin menunjukkan kematangan dalam permainan.

"Jika nok (nak) tengok gandingan ni kat TFC mungkin dok (tak), tapi kalau lihat gandingan ni kat skuad kebangsaan mungkin ada harapan, itupun kalau coach Kim Pan-gon minat dengan pemain TFC ni," katanya.

313406184_5223693494412479_1336916633625601832_n

Shahrul Saad yang kini bersama JDT antara pemain pertahanan yang digeruni lawan. — Facebook

Sementara itu, seorang lagi penyokong Terengganu, Muhammad Ammar Safwan menyimpan angan-angan mahu menyaksikan duo itu bergandingan bahu bagi membentuk benteng ampuh di TFC.

"Sama impian... aku harap gitu juga. Nak juga tengok Afro ni pair dengan Nijey. Jahat! Import bahagian back jimat dah," katanya.

Dalam pada itu, seorang penyokong, Khalil Rozi berpendapat gandingan Shahrul Nizam dan Sharul Nazeem dengan bek kental Harimau Malaya, Shahrul Saad juga pasti menjadi 'ramuan' ampuh untuk menjaga gawang gol negara.

"Trio tiga Shahrul - Shahrul Nizam, Sharul Nazeem dan Shahrul Saad. Memang padu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram