[VIDEO] Bedilan roket di Ukraine korbankan ahli politik disifatkan lambang insan pemurah


  • Benua
  • Khamis, 08 Dis 2022

Tangkap layar serangan peluru roket yang mengorbankan Maria Pirogova.

SEORANG ahli politik dan juga merupakan penyokong kuat Vladimir Putin dilaporkan terkorban dalam serangan roket di Ukraine pada Selasa.

Mangsa, Maria Pirogova, 29, merupakan ahli parlimen yang tidak diiktiraf Republik Rakyat Donetsk (DPR) sejak 2018 dan berita kematian itu disahkan oleh jurucakap DPR.

Pada 21 Februari lalu, Putin telah mengiktiraf kawasan Donetsk dan Luhansk sebagai entiti bebas namun keputusan itu dilihat sebagai satu kesalahan undang-undang di mata antarabangsa.

Selang tiga hari kemudian, Putin memberikan arahan untuk menyerang Ukraine yang sekali gus mengakibatkan berjuta rakyat negara itu terkorban.

Pirogova yang banyak terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak telah menerima penghormatan daripada rakyat Rusia.

Menurut pemimpin Denis Puslihin, beliau adalah lambang seorang yang bersifat pemurah.

Tangkap layar serangan letupan berlaku di kawasan Donetsk yang mengorbankan Maria Pirogova.

"Beliau merupakan seorang yang sangat baik, sentiasa membantu mereka yang memerlukan dan tidak pernah mengabaikan orang yang tidak dikenali.

"Berbakat besar dan sentiasa mahukan perubahan hidup, Pirogova mempunyai kelulusan dalam bidang akademi muzik dan telah berkahwin dengan Alexander Hereskulov, 30, yang merupakan seorang tentera dan sukarelawan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram