[VIDEO] Sempat pegang kepala selepas dirempuh, 'rider wanita' akhirnya terkulai digilis van


  • Benua
  • Rabu, 07 Dis 2022

Tangkap layar seorang penunggang wanita terkulai akibat digilis sebuah van.

SEORANG penunggang motosikal wanita mengharungi detik malang apabila dirempuh dan digilis sebuah kenderaan di Jalan Mingde, Tucheng, Taiwan.

Ketika kejadian, mangsa difahamkan ingin membelok ke lorong kiri di laluan tersebut namun dia dirempuh sebuah van dari arah belakang secara tiba-tiba dan terjatuh.

Meskipun van berkenaan sempat menekan brek, namun rempuhan sebuah lori terhadap kenderaan itu menyebabkan van terbabit bergerak ke depan sehingga menggilis penunggang motosikal terbabit.

Susulan itu, mangsa dilihat terkulai di tengah jalan selepas digilis van terbabit.

Kejadian itu sempat dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) premis berhampiran.

Menurut laporan polis, mangsa dikenali sebagai Li, 56, dirempuh ketika mahu membelok ke kiri di laluan terbabit.

Laporan lanjut mendapati, suspek yang memandu van dikenali sebagai Chen, 66, merempuh mangsa sebelum seorang lagi pemandu lori bernama Xu, 57, yang didakwa gagal menekan brek kemudiannya melanggar van tersebut.

Namun, belum ada laporan lanjut berhubung keadaan wanita berkenaan dan siasatan masih dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram