SEORANG pelancong British hampir temui ajal ketika melintas jalan di lintasan belang di Pattaya, Thailand pada Isnin.
Rakaman yang diperoleh melalui kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Jomtien II dikongsikan melalui laman Twitter milik Bangkoklad dan mendapat tontonan lebih daripada 3,2000 penonton.
Melalui rakaman CCTV tersebut, seorang lelaki yang dikenali Peter Palmer, 74 dilihat sedang melintas jalan dan kelihatan juga sebuah trak putih yang memecut laju.
Bagaimanapun, pemandu trak tersebut dilihat seperti tidak memperlahankan kenderaan dan terus merempuh mangsa sehingga menyebabkan lelaki itu tertiarap di atas jalan.
Pemandu trak tersebut tidak memberhentikan kenderaannya malah meneruskan perjalanan.
Seorang pengawal keselamatan yang berada di kawasan terbabit bergegah ke arah mangsa bagi memberikan bantuan.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah terutamanya di bahagian kepala.
Setakat ini, tiada laporan lanjut berkenaan tindakan yang dikenakan terhadap suspek.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram