SEORANG peniaga tepi jalan, Rosiatin, 58, terkoyak muka akibat tayar trak yang meletup berlaku di Kota Kediri, Jawa Timur, Indonesia, pada Khamis.
Kejadian ini dikongsikan di media sosial milik Radar Kudus dan telah mendapat sebanyak 22.2 juta tontonan.
Menerusi rakaman tersebut, pada awalnya, sebuah trak yang dipandu oleh Selamat Rusli melintas di Jalan Teuku Umar.
Secara tiba-tiba, salah satu tayar belakang trak tersebut meletup dan mengakibatkan kaca yang berada pada gerai jualan Rosiatin pecah.
Mangsa mengalami luka di wajahnya kerana serpihan kaca tersebut terkena pada wajahnya dan mangsa terus dikejarkan ke hospital berdekatan.
Ketua Unit Penguatkuasa Undang-Undang Kota Kediri, Ipda Wina Nurwarida berkata, letupan yang kuat itu menyebabkan kaca yang berada gerai itu pecah dan serpihan kaca itu terlempar hingga mengenai wajah mangsa. Mangsa mengalami luka di pipi kiri dan kanan serta dahi.
Unit Polis Trafik Kota Kediri masih menyiasat lanjut insiden terbabit.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram