[VIDEO] Hasrat kahwin janda tidak kesampaian, pekerja binaan maut ditikam bekas suami


  • Benua
  • Selasa, 29 Nov 2022

Tangkap layar video yang memaparkan mangsa cuba mempertahankan diri sebelum maut akibat ditikam.

SEORANG pekerja binaan maut selepas ditikam pisau oleh bekas suami teman wanitanya pada pukul 9.53 pagi pada Isnin.

Mangsa, Iken Purpendi, 42, ketika kejadian berada di rumah teman wanitanya, Eka Maulina, 33, di Jalan Amad Yani, Sumatera Utara, Indonesia.

Perbuatan suspek, Indra Mahendra Harahap, 37, itu juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Langkat, Danu Pamungkas Totok mengesahkan pembunuhan tersebut dan memaklumkan, mangsa cedera selepas ditikam di bahagian belakang bahu.

"Berdasarkan siasatan, kes bermula ketika Iken datang ke rumah Eka kira-kira pukul 8.30 pagi untuk berbual-bual.

"Kira-kira pukul 9.40 pagi, Indra datang ke rumah bekas isterinya itu untuk mengambil anak dan mangsa ketika itu berada di depan garaj rumah.

WhatsApp Image 2022-11-29 at 10.12.24 AM

Mangsa, Iken Purpendi yang maut ditikam bekas suami teman wanitanya.

"Cemburu dengan kehadiran mangsa, Indra mula bertengkar dengan bekas isterinya dan mempertikai kehadiran lelaki itu.

"Mangsa cuba masuk campur dalam pertengkaran itu sebelum suspek kemudian menikamnya sehingga maut," katanya.

Menurut Danu Pamungkas, selepas ditikam, mangsa cuba mempertahankan diri dengan menggunakan kayu sebelum rebah.

Jelasya, kematian mangsa berpunca daripada pendarahan yang terlalu banyak kesan daripada tikaman suspek.

Picsart_22-11-29_01-37-14-971

Kesan kecederaan yang dialami mangsa hingga mengakibatkannya maut.

"Selepas mangsa rebah, suspek cuba ditahan penduduk berhampiran namun berjaya melarikan diri dengan menggunakan motosikal," katanya.

Tambahnya, usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan.

Sementara itu, penduduk berhampiran berkata, mangsa dan Eka memang mempunyai hubungan dan sedang merancang untuk berkahwin.

Malah, bapa Eka, Salimuddin berkata, bekas menantunya itu bertindak sedemikian kerana rasa cemburu sebelum melarikan diri. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram