ENAM pelajar sekolah di Tanapuli Selatan, Indonesia yang bertindak biadab menerajang seorang nenek tua baru-baru ini telah ditahan polis.
Ketua Polis Tapanuli Selatan, Imam Zamroni berkata, kesemua remaja berusia 15 hingga 16 tahun itu ditahan pada Ahad.
"Hasil siasatan mendapati yang tindakan remaja itu menendang nenek tersebut bukan kali pertama dibuat. Malah, mereka sebelum ini pernah memukul mangsa dengan menggunakan kayu.
"Mangsa dipukul dengan kayu oleh kumpulan remaja terbabit tidak jauh dari lokasi mereka menendang warga emas itu di Jalan Gung Tua-Pal Sabolas," katanya.
Jelasnya, siasatan juga mendapati yang video mereka memukul mangsa dengan kayu itu dibuat pada September lalu.
Tambahnya, kesemua yang ditahan merupakan rakan dan merupakan pelajar sekolah sama di Tapanuli Selatan.
Terdahulu, warganet meluahkan rasa geram mereka terhadap tindakan remaja itu yang dianggap terlalu biadab. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram