[VIDEO] Masih bernyawa, penunggang NMAX parah terjatuh jambatan setinggi 12 meter


  • Benua
  • Isnin, 28 Nov 2022

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kren untuk menaikkan motosikal mangsa yang terjatuh dari jambatan setinggi 12 meter di Kota Malang, Indonesia.

TULAR rakaman sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal kemalangan sebelum terjatuh dari jambatan berketinggian 12 meter di Kota Malang, Indonesia pada Isnin.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu kelihatan seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nmax terseret sebelum terjatuh ke bawah Jambatan Soekarno Hatta, Indonesia.

Insiden terbabit menyebabkan pengguna jalan raya lain terkejut dan menghentikan kenderaan untuk melihat keadaan mangsa.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai M. Irfan merupakan seorang penuntut di universiti Muhammadiyah Malang, Indonesia.

Walaupun jatuh dari ketinggian 12 meter, mangsa masih selamat dan difahamkan mengalami kecederaan parah pada badan serta kaki.

Pasukan keselamatan juga mengalami sedikit kesukaran dan terpaksa menggunakan kren khas untuk menaikkan mangsa.

Menurut keterangan saksi, mangsa cuba mengelak sebuah kenderaan sebelum motosikal mangsa tergelincir dan terseret sehingga jatuh ke bawah jambatan.

Keadaan sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan namun telah dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram