Kuat mencarut, memaki ketika memandu boleh jadi punca ke neraka


  • Mukmin
  • Ahad, 27 Nov 2022

Memaki hamun ketika memandu antara salah penyebab seseorang boleh diheret ke neraka.

MEMANDU dalam keadaan tenang dapat membantu seseorang untuk fokus kepada pemanduan dan tidak mengambil sikap sambil lewa sehingga mampu menyebabkan kemalangan.

Perkara begitu dapat dielak sekiranya pemandu membuat perancangan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa mempunyai sikap pentingkan diri sendiri.

Perbuatan sebegitu bukan sahaja mampu mengakibatkan perkara buruk berlaku bahkah turut mengancam nyawa sehingga mengakibatkan kematian.

Meskipun tiada perkara buruk berlaku, tetapi hal itu mampu mengundang kemarahan pengguna jalan raya lain serta rasa tidak puas hati.

Tindakan seperti memotong barisan, memasuki persimpangan jalan tanpa memberikan isyarat antara kesalahan yang mampu mengundang kata-kata kesat sehingga mengganggu emosi.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, antara tujuan Nabi SAW diutuskan adalah memperbaiki akhlak dan perangai serta menyempurnakannya agar perkara itu sejajar dengan perintah ALLAH SWT.

Women and men sit in cars and are stressed. selective focus.

Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak perangai yang baik.” (Riwayat Al-Baihaqi 7609 di dalam Syu’ab Al- Iman)

Ini bermakna akhlak yang sempurna merupakan sebahgian daripada ajaran agama. Jika seseorang berakhlak dan berperangai dengan perangai buruk maka itu menunjukkan kekurangan penghayatan di dalam agama.

Nabi SAW pernah mengingatkan setiap orang muslim agar memelihara lidahnya daripada menyebutkan perkataan-perkataan yang buruk.

Daripada Abu Hurairah, Abu Ayub Al-Ansari dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat maka katakanlah yang baik ataupun hendaklah dia diam." (Riwayat Al-Bukhari 6476 & Muslim 4610)

Frustrated handsome young man driving his car

Sheikh Badruddin Al-Aini menyebut bahawa hadis ini merupakan satu penjelasan berkenaan dengan kewajipan menjaga lidah daripada bercakap perkara yang tidak harus di sisi syarak.

Kebanyakan manusia diheret ke dalam neraka disebabkan oleh lidah mereka. (Rujuk ‘Umdah Al-Qari Syarh Sahih Al-Bukhari, 23/70).

Nabi SAW pernah menjelaskan tentang sifat orang muslim iaitu mereka yang menjaga lidah dan tangannya daripada menyakiti orang lain. Nabi SAW bersabda:

“Orang muslim adalah yang menyelamatkan orang muslim yang lain daripada (keburukan) lidah dan tangannya.” (Riwayat Al-Bukhari 6484 & Muslim 170,171,172)

Oleh itu, setiap perbuatan yang dilarang mahupun haram hanya akan menjadi sebab untuk dimasukkan ke dalam syurga atau neraka.

Sebaiknya jauhi menggunakan kata-kata kesat dan sebaiknya memandulah dalam keadaan berhemah.

Jalan raya untuk dikongsi bersama dan sayangi nyawa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram