[VIDEO] Ngeri! Kepala penunggang motor terhempas ke jalan kena rempuh Axia merah di Bulatan Segambut


  • Tular
  • Isnin, 28 Nov 2022

Impak perlanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal itu terpelanting sebelum tertiarap ke atas jalan.

SEORANG penunggang motosikal dilaporkan cedera parah selepas dia terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia di Bulatan Segambut, Kuala Lumpur pada Ahad.

Melalui rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta sebuah kenderaan lain, kejadian itu berlaku pada pukul 8.30 malam.

Video tersebut dikongsikan semula oleh warga awam melalui laman Twitter @nanmanjoi8715 pada awal pagi Isnin.

Dalam rakaman video tersebut memaparkan sebuah kereta Axia bewarna merah datang dari arah sebelah kanan laluan Bulatan Segambut dan dipercayai mahu menyusur keluar ke arah Jalan Kuching.

Secara tiba-tiba, Axia tersebut melanggar motosikal berkenaan yang datang dari arah laluan yang sama.

Impak perlanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal itu terpelanting sebelum tertiarap ke atas jalan.

Lelaki turut kelihatan kaku di atas jalan dan menurut maklumat yang dikongsikan orang awam, mangsa cedera parah akibat hentakan kuat di kepala.

Pemandu Axia turut memberhentikan kenderaannya selang beberapa meter dari lokasi kemalangan.

Beberapa kenderaan dilihat berhenti untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa. Seorang rider penghantar makanan turut membantu mengawal lalu lintas sementara pengguna jalan raya lain membantu mangsa dan mengalihkan serpihan motosikal ke tepi jalan.

Setakat berita ini ditulis belum dapat dipastikan keadaan sebenar mangsa dan belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram