POLIS menahan seorang lelaki yang sering melakukan jenayah peras ugut dengan menggunakan senjata tajam di Jalan kompos, Desa Pujimulyo, Sumatera Utara pada 25 November lalu.
Beberapa hari sebelum itu, suspek yang dikenali dengan nama Sandi itu bertindak melawan polis ketika hendak ditangkap.
Ketika itu, suspek menggunakan senjata tajam berupa seperti sabit dan mengancam polis sebelum bertindak melarikan diri.
Suspek kemudian berjaya ditahan selepas polis pergi semula ke lokasi kejadian beberapa hari selepas itu.
Ketika ditahan, suspek berada dalam keadaan histeria sambil menangis meminta pertolongan ibunya.
Malah, suspek juga minta ditembak sahaja kerana tidak mahu berada di penjara.
Sementara itu, Ketua Polis Sunggal, Chandra Yudha Pranata mengesahkan penangkapan itu.
Menurutnya, tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat laporan berkaitan kes peras ugut di sekitar Jalan Kompos.
"Kita kemudian melakukan risikan dan mendapati suspek ada melakukan jenayah peras ugut dengan meminta wang kepada pemandu lori," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram