[VIDEO] Ibarat dirasuk syaitan, suami cekik dan pijak isteri hingga menggelupur lepas kantoi curang


  • Benua
  • Rabu, 16 Nov 2022

Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang isteri dipukul dengan kejam oleh suaminya selepas berselingkuh dengan jiran.

TULAR di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang suami bertindak kejam terhadap isterinya dalam kejadian di Kota Tagerang Selatan, Indonesia baru-baru ini.

Difahamkan, kejadian berlaku melibatkan suami bernama Tarmin, 43, dan isterinya yang dikenali dengan nama K, 44.

Menerusi video itu, lelaki tersebut bertindak kejam dengan mencekik, memukul dan memijak isterinya sambil dirakam anak mereka.

Wanita itu turut meminta maaf kepada suaminya dalam keadaan ketakutan selepas lehernya dipijak suaminya hingga mengakibatkan dia sesak nafas.

Anaknya yang merakam tindakan itu turut meminta bapanya berhenti daripada melakukan perkara tersebut.

Difahamkan, tindakan lelaki itu adalah disebabkan rasa marah kerana isterinya mempunyai hubungan sulit dengan jirannya.

Malah, difahamkan wanita itu juga sudah bernikah dengan orang lain ketika lelaki itu sedang mencari rezeki di Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, Ketua Polis Tangerang Selatan, Syabillah turut mengesahkan kejadian tersebut.

"Lelaki itu sudah ditahan. Isterinya pula kini sedang mendapat rawatan selepas mengalami kecederaan di kepala," katanya pada Rabu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram