[VIDEO] Pelajar mengamuk ditahan tak pakai topi keledar, tapi sikap polis dapat pujian ramai


  • Benua
  • Selasa, 22 Nov 2022

Tangkap layar seorang pelajar cuba mengasari seorang pegawai polis.

SEORANG pelajar lelaki dilaporkan mengasari pihak polis selepas dia ditahan atas kesalahan tidak memakai topi keledar dan gagal memaparkan sijil pendaftaran kenderaan yang sah di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dilihat gagal mengawal kemarahan apabila mengamuk dan cuba memukul polis tersebut.

Selain bertindak kasar, pelajar itu juga difahamkan telah melontarkan kata-kata kesat serta kecaman negatif yang nyata mengundang kemarahan warganet yang melihat rakaman tersebut.

Dikongsikan di laman Instagram, insiden itu hangat diperkatakan di laman media dan menerima lebih 12,000 jumlah tontonan setakat ini.

Selain itu, sifat tenang yang ditunjukkan polis tersebut turut mengundang perhatian ramai susulan kemampuan beliau dalam mengawal situasi getir itu.

Tidak menggunakan sebarang kekerasan ataupun sentuhan fizikal tehadap pelajar berkenaan, polis tersebut kekal menasihati dan menenangkan pelajar itu ketika kejadian.

Rata-rata warganet turut meninggalkan komen berhubung kejadian tersebut.

"Budak zaman dahulu kalau dicubit, dipukul sekali pun masih boleh dengar nasihat tetapi budak zaman sekarang pantang ditegur mesti akan memberontak dan berlagak kuat dengan orang dewasa," kata maryadi.zona.

"Pelajar sekarang perlu dijatuhi hukuman dan undang-undang yang ketat, biar mereka diberi pengajaran awal sebelum meningkat dewasa, nanti lebih berbahaya dan sukar dibentuk," jelas fadjarmatluwi.

"Tinggi betul tahap kesabaran polis itu, saya yang melihatnya sahaja sudah marah, rasa macam mahu pukul sahaja pelajar itu," tambah enzodevian.

"Dia beruntung kerana polis itu seorang yang sangat penyabar, kalau pegawai lain pasti sudah dicekup bawa ke balai," ujar muilham.

Namun, pelajar tersebut difahamkan tidak menerima sebarang tindakan dan polis telah menasihatinya agar memakai topi keledar bagi melindungi keselamatan diri di jalan raya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram