[VIDEO] Misteri pembunuh bertopi akhirnya terjawab


  • Benua
  • Selasa, 15 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan seorang pembunuh misteri yang bertindak menikam seorang wanita di tepi jalan di Mumbai, India.

SEBUAH rakaman video berkenaan pembunuh misteri tular menimbulkan panik orang ramai di kalangan masyarakat Mumbai, India, baru-baru ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian mengerikan apabila seorang wanita sedang keluar dari sebuah kereta.

Namun, secara tiba-tiba seorang lelaki misteri berpakaian hitam dan bertopi datang dan bertindak menikam wanita tersebut hingga menyebabkan mangsa pengsan dan terbaring.

Lalu, lelaki tersebut menyeret mangsa masuk ke dalam kereta dan menuju kawasan yang tidak diketahui.

Rakaman video itu tular dengan tanda palang 'Pembunuh bertopi di Mumbai'.

Video tersebut dimuat naik di laman Twitter The Social Akhbar dengan kapsyen 'Pembunuhan serius dan berbahaya yang mengambil nyawa seorang wanita berlaku di Mumbai'.

Walau bagaimanapun, polis Mumbai mengesahkan bahawa kejadian itu tidak berlaku dan video tersebut palsu.

"Video pembunuh bertopi di Mumbai yang disebarkan berkenaan wanita ditikam di Andheri merupakan klip video palsu dan mohon semua tidak berkongsi bagi mengelakkan pengguna media panik," jelasnya.

Video tersebut dimuat naik pada 11 November dan mendapat lebih 10,9000 tontonan.

Difahamkan, video tersebut merupakan sebuah klip rakaman yang diambil daripada sebuah filem yang bakal ditayangkan pada 9 Disember bertajuk Maarrich.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mumbai, India, Lelaki misteri, Maarrich, Jenayah