[VIDEO] Bengang memandu macam tak sekolah, lelaki mengamuk sampai gegar pintu kereta


  • Tular
  • Selasa, 08 Nov 2022

Tangkap layar seorang lelaki mengamuk dan bertindak agresif memarahi pemandu kereta lain.

SEORANG lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Alza meluahkan rasa marah dan tidak puas hati ke atas seorang pemandu kenderaan lain dengan cara memaki hamun serta cuba bertindak ‘ganas’

Berdasarkan sebuah rakaman video yang tular sejak Selasa, lelaki yang memakai kemeja-T hitam itu memarahi pemandu kereta Perodua Axia.

Dia juga dilihat menghempas cermin sisi kereta terbabit dan menumbuk cermin bahagian pintu pemandu.

Pada masa sama, dia turut seakan mencabar pemandu terbabit untuk keluar dari dalam kereta.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu tidak membuat mengambil sebarang tindakan dan kekal berada di dalam kereta.

Kejadian tersebut lantas menarik perhatian pengguna media sosial yang berpendapat lelaki itu dikhuatiri berdepan dengan tindakan undang-undang.

Pada masa sama, seorang wanita yang bersama lelaki terbabit turut meluahkan rasa marah dan dilihat seperti mengambil gambar pemandu Axia itu.

Hal itu kerana lelaki terbabit membuat serangan terhadap pemandu dan cubaan merosakkan kereta.

“Lebih baik kita maki-maki dalam kereta je. Lepaskan geram. Kalau macam ini jadi kes PDRM,” kata Mohd Fairul Mohd Fairul.

“Salah tak salah. Pergi buat laporan polis. Siasat tak puas hati pergi mahkamah, saya bukan hakim di sini,” Aiman Cps II.

Bagaimanapun terdapat juga pengguna media sosial yang menunjukkan sokongan terhadap lelaki berkenaan.

“Biasanya orang yang buat salah akan dilihat sebagai mangsa, tetapi mangsa pulu dilihat sebagai orang yang bersalah. Bayangkan jika kemalangan itu berlaku, ambil masa untuk membaiki, buat tuntutan insurans dan terpaksa menunggu lama,” kata Jasni Jasz Bridal.

“Silap-silap orang yang marah itu jika berlaku kemalangan kena lebih teruk daripada apa yang berlaku. Kemalangan jalan raya jangan buat main-main,” kata Zulkarnain Bkl.

Belum ada kenyataan rasmi polis berhubung perkara itu, selain lokasi sebenar kejadian juga tidak diketahui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram