PENGGUNA jalan raya di Terengganu bimbang dengan kewujudan lubang 'gergasi' angkara paip pecah sehingga menyebabkan laluan itu sukar dilalui.
Kejadian yang berlaku di laluan Paka-Kerteh menghala ke Kemasik, Terengganu pada Selasa itu turut menyebabkan beberapa pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing.
Melihat kepada keadaan limpahan air yang dianggarkan mampu mencecah ketinggian bangunan dua tingkat.
Tidak hanya itu, paip pecah itu turut mengakibatkan lubang kawah dan bimbang akan menyebabkan kemalangan sekiranya pemandu tidak berwaspada.
Sementara itu, dipercayai tiada kenderaan mahupun mangsa yang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.
Kejadian itu yang dimuat naik ke Twitter mendapat perhatian pengguna media sosial sejak Selasa.
“Nasib baik tiada yang cedera. Bayangkan kalau pecah masa kereta tengah lalu,” kata sri_melour.
“Tengok lubang dia pun dah takut. Besar kawah gergasi,” kata shutandgo.
“Adus dekat mana pula nanti yang tiada air,” kata krissJo. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram