[VIDEO] Kantoi curang depan mata, wanita mengamuk tarik tudung, halau 'skandal' kekasih


  • Benua
  • Jumaat, 11 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan seorang wanita mengamuk selepas mengetahui kekasihnya curang.

REMUK hati seorang wanita selepas melihat kekasihnya curang di depan mata dalam kejadian pada Khamis.

Kejadian di Sulawesi Selatan, Indonesia itu berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 30 saat sebelum tular di media sosial.

Video berkenaan memaparkan seorang wanita menjerit seperti hilang arah selepas mengetahui kekasihnya curang.

Wanita itu juga bertindak mencabut tudung dan menghalau 'skandal' kekasihnya untuk keluar dari kereta yang dinaiki.

WhatsApp Image 2022-11-11 at 7.16.13 PM

Wanita terbabit ditenangkan orang awam yang berada di lokasi.

Lebih menyakitkan hati, kekasihnya mengaku curang dengan membawa wanita lain menaiki kereta untuk bersiar-siar.

Kesedihan wanita itu jelas terpancar kerana tidak menyangka lelaki yang disayanginya sanggup berlaku curang.

Lelaki berbaju merah itu juga kelihatan tidak mampu menghalang amukan kekasihnya kerana tahu telah melakukan kesilapan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata marah dengan tindakan lelaki terbabit yang curang dengan wanita lain.

"Belum berkahwin dah curang, nasib baik kantoi awal, tak guna teruskan hubungan dengan orang seperti ini," kata Muksan21.

"Sakitnya hati melihat kekasih curang depan mata. Sakit tu lama nak hilang dan susah nak ubat," luah Nawi_Thur.

"Apa agaknya alasan yang akan digunakan lelaki terbabit, susah nak percaya orang bila tak reti nak setia," jelas Ariyani.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Curang, tular, benua, kekasih, mengamuk, kantoi, depan mata