'No Bergson, no problem', 3 pemain bakal galas impian JDT


  • Podium
  • Jumaat, 11 Nov 2022

Sebahagian daripada aksi JDT ketika menentang Kelantan FC pada Sabtu lalu. — Facebook/JDT

BAKAL menentang Kelantan FC dalam saingan kedua suku akhir Piala Malaysia pada Jumaat, ada berita kurang gembira melibatkan Johor Darul Takzim (JDT).

Membawa bekalan tiga gol yang diperoleh dalam perlawanan suku akhir pertama di Sultan Muhammad ke- IV, Kota Bharu, Kelantan, rasanya tiada masalah untuk Harimau Selatan membenam Kijang Merah.

Namun, bintang penyerang JDT, Bergson Da Silva pula dikhabarkan mengalami kecederaan ketika latihan intensif di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor baru-baru ini.

313310416_5230749220373573_8292076216807188352_n

Bergson dikhabarkan mengalami kecederaan ketika sesi latihan. — Facebook/JDT

Semestinya perkhabaran itu dilihat Kelantan FC sebagai ruang dan peluang mereka untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke masa tambahan untuk memburu gol kemenangan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi berkaitan tahap kecederaan yang dihadapi Bergson dan adakah pemain itu mampu beraksi sehingga tamat aksi Piala Malaysia.

Namun, penyokong JDT tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang menakutkan apatah lagi kelab milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris itu mempunyai ramai pemain yang boleh menggalas peranan pemain dari Brazil itu.

WhatsApp Image 2022-11-10 at 9.53.39 PM

Forestieri dan Syafiq dilihat boleh membantu bahagian serangan jika Bergson tiada. — Facebook/JDT

Seorang penyokong JDT, Putra Cha'zfizie Hyc berkata, inilah masanya pemain di bangku simpanan dikeluarkan apatah lagi sudah selesa berbekalkan tiga gol.

"Dah ada tiga gol, Bergson boleh simpan. Hantar Syafiq Ahmad dan Hazwan Bakri dah cukup rasanya. Bergson kena sihat untuk lawan Borussia Dortmund," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Iszlee Fahzam berkata, tiada masalah jika Bergson tidak dapat beraksi.

"JDT ada ramai player berkualiti. No Bergson no problem," katanya.

313940430_2434412386722046_156896902964873337_n

Kesebelasan utama JDT yang turun dalam saingan suku akhir pertama menentang Kelantan pada Sabtu. — Facebook/JDT

Perkara sama dinyatakan Khairrul Haffiz yang menganggap JDT mempunyai ramai pemain yang boleh menggantikan Bergson.

"JDT ada ramai backup position dia. Fernando Forestieri, Syafiq Ahmad dan Hazwan Bakri. Semua padu," katanya.

Untuk rekod, JDT akan bertemu Kelantan di laman sendiri pada Khamis dan jika layak ke separuh akhir, mereka akan bertemu dengan sama ada Sabah FC atu Kuching City FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram