[VIDEO] Dua lelaki dicekup berselingkuh dalam tandas masjid, bagi alasan kononnya kena tipu


  • Benua
  • Rabu, 09 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan dua lelaki yang dicekup oleh jemaah masjid sedang menyalahkan antara satu sama lain.

DUA lelaki yang dicekup membuat hubungan di luar tabii di dalam tandas sebuah masjid cuba memberi alasan tidak masuk akal ketika ditangkap oleh jemaah masjid itu.

Kejadian yang berlaku di Telanaipura, Indonesia, pada Selasa itu mula tular di media sosial menerusi akaun Radar Kudus di Tiktok dan mendapat lebih daripada 175,200 tontonan.

Menerusi rakaman video tersebut, dua lelaki itu sedang bertengkar antara satu sama lain selepas ditangkap membuat perkara tidak senonoh itu.

Mereka dilihat cuba mempertahankan diri masing-masing dan cuba menyalahkan antara satu sama lain.

Lelaki yang berpakaian seragam mengakui keterlanjuran mereka adalah kerana hubungan suka sama suka.

Namun, sebaliknya pula yang didakwa oleh lelaki berbaju gelap.

Dia mendakwa kononnya dipaksa berbuat demikian dan memberi alasan bahawa dia bakal diberikan pekerjaan sekiranya menuruti permintaan lelaki berseragam tersebut.

Jemaah masjid dan anggota polis yang berada di tempat kejadian dilihat cuba menghentikan pertengkaran mereka.

Pada akhir rakaman video tersebut, dua lelaki itu dibawa oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Tidak dapat dipastikan nasib kedua-dua lelaki berkenaan. —Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram