Sebak lihat anak kecil tekun meniaga tepi jalan seorang diri


  • Benua
  • Khamis, 01 Sep 2022

Kanak-kanak itu dilihat menjual makanan seorang diri di tepi jalan.

RAKAMAN tular memaparkan seorang kanak-kanak menjual makanan ringan di tepi jalan meruntun jiwa netizen.

Masakan tidak, video yang dimuat naik pengguna TikTok mr_fedrosa24 menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan sedang menjual roti di tepi jalan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Taman Bungas di Kota Banjarmasin, Indonesia.

Menerusi rakamanan tersebut, peniaga cilik itu dilihat sedang makan nasi yang hanya berlaukkan sebiji telur rebus.

Kanak-kanak itu kemudiannya menyapa pemilik akaun TikTok itu untuk membeli roti-roti yang yang dijualnya.

Dalam rakaman yang sama, turut kedengaran pemilik akaun sosial media berkenaan memborong habis roti-roti yang dijual kanak-kanak itu.

"Walaupun masih kecil tetapi dia tidak pernah mengeluh," tulis pemilik akaun berkenaan.

Video yang viral sejak Sabtu itu telah mendapat sebanyak 160,000 tontonan dan rata-rata warganet turut sebak dengan keadaan kanak-kanak itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram