[VIDEO] Permainan tunggangan berputar rebah ke bumi, 2 kanak-kanak cedera


  • Benua
  • Jumaat, 14 Okt 2022

Tangkap layar video yang memaparkan dua kanak-kanak cedera selepas permainan yang dinaiki patah. — Agensi

PENGUNJUNG di sebuah pasar malam di Blega, Indonesia berdepan detik cemas apabila sebuah permainan tunggangan berputar yang sedang beroperasi rebah ke bumi pada 12 Oktober lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.15 petang itu mengakibatkan dua kanak-kanak yang sedang menaiki mesin tersebut cedera.

Ketua Polis Daerah Blega, Muhammad Syamsuri berkata, kejadian itu berlaku disebabkan masalah teknikal yang dialami alat permainan itu.

"Mujur alat permainan itu tidak naik begitu tinggi hingga boleh menyebabkan kecederaan yang serius berlaku.

"Berdasarkan laporan kesihatan, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Sementara itu, Syahmsuri berkata, pihaknya mengambil langkah tegas untuk tidak membenarkan permainan itu beroperasi.

Selain itu katanya, pemilik alat permainan itu juga diminta untuk bertanggungjawab membiaya semua kos perubatan kedua-dua mangsa.

Tambahnya, operasi pasar malam masih berjalan seperti biasa kerana masih ada yang berniaga dan hanya permainan itu sahaja yang diminta tutup. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram