![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2022/11/08/1809563.jpeg)
AJAL maut di tangan Tuhan, seorang usahawan rebah ketika membaca surat khabar di sebuah klinik gigi yang dipercayai berlaku di Rajasthan, India, pada Sabtu lepas.
Kejadian tersebut tular di media sosial melalui akaun Twitter @News24 dan mendapat lebih daripada 13,000 tontonan.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) klinik, kira-kira pukul 10 pagi, usahawan tersebut, Dilip Kumar Madani,61, kelihatan membaca surat khabar di ruangan menunggu.
Madani dikatakan sedang menunggu giliran membuat pemeriksaan gigi di klinik berkenaan.
Namun, secara tiba-tiba, dia pengsan dan rebah di lantai klinik tersebut.
Pekerja di klinik tersebut segera membantu dan membawa Madani ke Hospital Nahata.
Namun, Madani disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Pemilik klinik itu, Dr. Kapil Jain berkata, Madani mengalami serangan jantung sewaktu kejadian dan dia terus menghubungi keluarga Madani berikutan kejadian yang berlaku.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram