[VIDEO] Akibat leka bersembang, wanita temui ajal ketika turun bas


  • Benua
  • Isnin, 07 Nov 2022

Tangkap layar mangsa terjatuh dari bas kerana dipercayai leka bersembang bersama penumpang lain.

SEORANG wanita dilaporkan maut ketika menuruni bas yang sedang bergerak di India pada Isnin, lapor Divyabhaskar.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bas tersebut memaparkan mangsa ketika itu sedang berbual dengan beberapa penumpang lain sebelum menuruni bas tanpa melihat ke hadapan.

Disebabkan kecuaian itu, mangsa terjatuh ke jalan sehingga mengakibatkan kecederaan parah di kepala dan dilaporkan meninggal dunia di hospital.

Berang dengan kematian mangsa, anak perempuannya menyalahkan pemandu bas kerana tidak berhemah dan bercadang mahu menyaman pemandu bas tersebut.

"Anak perempuan mangsa menyalahkan pemandu bas kerana tidak berhemah. Namun rakaman CCTV jelas menunjukkan mangsa sendiri yang cuai," kata kapsyen video tersebut.

Berdasarkan rakaman CCTV ia jelas menunjukkan mangsa sendiri yang cuai dan tidak mengutamakan keselamatan ketika turun dari bas.

Sepatutnya mangsa memberi tumpuan ke arah pintu semasa hendak turun dan bukannya bersembang sambil menoleh ke belakang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram