Terlibat lumba haram, 2 remaja maut bertembung sesama sendiri di Melaka


  • 112
  • Ahad, 06 Nov 2022

Kemalangan berlaku apabila kedua-dua mangsa bertembung sesama sendiri dari arah Tanjung Bruas menghala ke Tangga Batu. — Gambar hiasan

DUA remaja lelaki yang terlibat dalam lumba haram maut selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung sesama sendiri di Pantai Puteri, Melaka pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 4.20 pagi.

Katanya, mangsa yang maut adalah Khairul Nizam Sham,18, dari Jalan Lama, Sungai Petai, Alor Gajah dan Muhammad Amirul Hadi Norizan,15, merupakan pelajar tingkatan tiga.

"Hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila kedua-dua mangsa sedang berlumba bersama motosikal lain dari arah Tanjung Bruas menghala ke Tangga Batu.

"Mangsa kemudiannya bertembung sesama sendiri dari arah bertentangan dengan kelajuan tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Christopher, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram