SEORANG wanita cedera selepas diserang secara tiba-tiba oleh empat wanita dipercayai mabuk di Madhya Pradesh Indore, India.
Video mangsa yang juga seorang jurujual dipukul empat suspek itu juga tular di media sosial.
Menerusi kejadian yang berlaku pada pukul 1 pagi Jumaat, mangsa dilihat terbaring di jalan raya.
Video tular itu jua memaparkan empat suspek itu menarik, menumbuk dan menyepak muka mangsa sambil disaksikan beberapa individu lain.
Menurut polis, wanita itu membuat laporan dan memaklumkan yang dia tidak tahu punca sebenar dipukul empat suspek itu.
Tambahnya, siasatan lanjut dan usaha mengesan kesemua suspek juga sedang dilakukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram