[VIDEO] Padah hina rakan kulit gelap, pelajar rasis kena cekup polis


  • Benua
  • Selasa, 08 Nov 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang pelajar yang sengaja menimbulkan isu perkauman sebelum dicekup polis baru-baru ini.

SEORANG pelajar wanita ditahan polis selepas ditangkap melemparkan kata-kata perkauman dan serangan fizikal terhadap rakannya yang berkulit gelap di Universiti Kentucky, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sophia Rosing, 22, dilaporkan mabuk dan berkelakuan tidak senonoh ketika kejadian apabila menyerang mangsa secara tiba-tiba.

Selain menghina, Rosing yang didakwa mabuk turut mencetuskan kemarahan mangsa yang berkulit gelap apabila sering memukul dan memanggilnya dengan gelaran tidak sopan.

Namun, serangan itu berjaya dihentikan mangsa dan rakannya apabila Rosing dilihat mula tidak sedarkan diri ketika kejadian.

Meskipun dalam keadaan mabuk, suspek kemudiannya terus bertindak kasar dengan menumbuk dan menendang perut mangsa beberapa kali.

Susulan insiden itu, seorang pegawai polis kemudiannya menahan dan menggari tangan Rosing selepas dia rebah di lantai.

Setakat ini, belum ada sebarang maklumat lanjut berkenaan hukuman dan status pelajar berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram