MASALAH hutang sememangnya antara isu berat yang dihadapi masyarakat kini sehingga mendesak seseorang itu membuat pinjaman.
Perkara itu bukan sahaja mengakibatkan pelbagai kejadian buruk, malah boleh mencetuskan tekanan serta pergaduhan bagi mereka yang terpalit dalam isu terbabit.
Itulah yang berlaku antara sepasang suami isteri di Jalan Cilobak Raya, Pangkala Jati, Cinere, Kota Depok, Jawa Barat Indonesia baru-baru ini.
Difahamkan, insiden itu berpunca akibat masalah hutang yang dialami pasangan terbabit sehingga menyebabkan si suami bertindak memukul isterinya.
Dikongsikan di laman Instagram, insiden itu hangat diperkatakan warganet.
Pertelingkahan itu tercetus selepas lelaki berkenaan mahu berbincang dengan isterinya soal hutang mereka di sebuah bank, namun si isteri menolak.
Berang dengan situasi tersebut, lelaki terbabit kemudiannya memukul muka isterinya beberapa kali ketika kejadian.
Ketua Siasatan Jenayah Polis Metro Depok, Asisten Komisioner Yogen Heroes Baruno berkata, suspek sudah ditangkap polis Cinere beberapa jam selepas menerima laporan.
“Suspek merupakan penjaga parkir di kawasan Pondok Labu, Jakarta Selatan," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram