[VIDEO] Rusia, Ukraine bebas 214 tahanan perang


  • Benua
  • Jumaat, 04 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan tahanan perang Rusia dan Ukraine yang ditukar di suatu lokasi yang tidak didedahkan.

RUSIA dan Ukraine bersetuju membebaskan 214 tahanan perang di lokasi yang tidak didedahkan pada Khamis.

Persetujuan itu merupakan siri pertukaran terbaharu antara kedua-dua negara sejak terlibat dalam peperangan pada awal tahun ini.

Ramai daripada askar Ukraine dibebaskan pada 3 November merupakan mangsa terselamat ketika cuba mempertahankan bandar Mariupol pada April dan Mei.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata Ukraine telah membebaskan 107 tentera Rusia, dan mereka akan dipindahkan ke Moscow.

"Mereka dihantar ke sana untuk bantuan perubatan dan psikologi," katanya.

Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak berkata, Rusia telah membebaskan 107 pejuang Ukraine, termasuk 74 yang mempertahankan kerja keluli Azovstal, tempat kejadian terakhir Ukraine di Mariupol.

“Kami berjaya menukar pejuang yang cedera parah dan terlantar di katil dari Mariupol, dari Azovstal. Ada juga kanak-kanak yang cedera," katanya.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di laman Twitter milik @Andriy Yermak, tahanan-tahanan tersebut dilihat gembira dapat kembali pulang ke Ukraine.

Beliau turut merakamkan rasa terima kasih kepada pihak yang terlibat untuk membawa pulang dan merawat tahanan perang.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan semua askar Ukraine yang ditahan Rusia," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram