Detik cemas rakaman 'pilot' Rusia ditembak tentera Ukraine


  • Benua
  • Ahad, 23 Okt 2022

Tangkap layar rakaman video pesawat jet pejuang Rusia terbakar ditembak ditembak tentera Ukraine.

NYAWA seorang juruterbang pesawat jet pejuang tentera Rusia diselamatkan oleh kerusi lenting selepas pesawat yang dinaikinya ditembak oleh tentera Ukraine.

Rakaman video kejadian turut menunjukkan juruterbang berkenaan selamat mendarat di sebuah padang rumput tanah lapang.

Difahamkan juruterbang pesawat jenis Su-25SM (09 Red) itu tidak mengelami sebarang kecederaan.

Rakaman tersebut turut menunjukkan pesawat terbabit meletup dan kepulan asap hitam di tanah.

Rakaman video menunjukkan pesawat terbakar ditembak oleh tentera Ukraine.

Namun malangnya rakaman detik-detik pesawat tersebut ditembak tidak dirakam ketika kejadian itu berlaku.

Difahamkan, tindakan pantas juruterbang terbabit secara tidak langsung menyelamatkan nyawanya selepas enjin pesawat terbakar sehingga menyebabkan kesukaran untuk mendarat.

Untuk rekod, beberapa pakar pertahanan menjangkakan kempen ketenteraan tentera Rusia arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan terus berpanjangan memandangkan situasi semasa di Ukraine tidak banyak berubah.

Rusia menceroboh Ukraine bagi menghalang negara jirannya itu menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), sekali gus mengekang pengaruh Amerika Syarikat di rantau Eropah Timur.

Pada awal kempen, Rusia berjaya menawan banyak wilayah tetapi Ukraine yang menerima bantuan NATO kembali melawan dan merampas semula wilayah yang dikuasai tentera penceroboh. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram