PEMANDU lelaki bertindak kejam apabila mendapati seorang kanak-kanak bersandar di keretanya yang berlaku di Thalassery, Kannur, India, baru-baru ini.
Kejadian itu dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di premis berdekatan.
Menerusi video itu, kanak-kanak tersebut dilihat bersandar pada sebuah kereta putih yang diletakkan di tepi jalan. Pemilik kereta itu, Shihshad pada awalnya dilihat menyoal sebelum mula menendang kanak-kanak tersebut.
Orang ramai yang melihat kejadian itu melaporkan kes tersebut kepada polis yang kemudiannya menahan suspek pada Jumaat.
Suspek dari Ponyampalam itu telah mengakui tindakannya dan menyalahkan kanak-kanak itu kerana berdiri berhampiran kenderaannya dalam tempoh yang lama.
Nasib kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan, begitu juga dengan suspek.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram