Ular tedung mati digigit kanak-kanak 8 tahun


  • Benua
  • Khamis, 03 Nov 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak 8 tahun yang bernama Deepak dan ular tedung yang mengancam keselamatan orang ramai.

SATU kejadian ajaib berlaku dilaporkan di India apabila seekor ular tedung mati digigit seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, pada Isnin.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan luar bandar Pandarpadh, di daerah Jashpur, India ketika seorang kanak-kanak, Deepak sedang bermain di rumahnya dan tiba-tiba seekor ular tedung mematuknya.

"Ular itu membelit dan menggigit tangan saya. Saya merasa sangat sakit dan memandangkan ular itu tidak bergerak, jadi saya menggigitnya sebanyak dua kali," jelas Deepak.

Ular itu mati tidak lama selepas Deepak menggigitnya.

Ekoran kejadian itu, keluarga Deepak segera membawanya ke klinik berdekatan dan pegawai perubatan memberinya suntikan antiracun sebelum diletakkan di bawah pemerhatian.

Pakar ular, Qaiser Hussain berkata, kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang gejala ganjil dan pulih dengan cepat.

Ini kerana katanya, gigitan tersebut didapati kering apabila ular berbisa itu menyerang tetapi tiada racun yang dikeluarkan.

Kawasan puak Jashpur sering dikenali sebagai Naglok (tempat tinggal ular) kerana lebih daripada 200 spesis ular yang ditemui di kawasan tersebut.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram