[VIDEO] Polis tahan ibu kejam 'naik hantu' pukul, hempas anak tanpa belas kasihan


  • Benua
  • Khamis, 03 Nov 2022

Tangkap layar kejadian malang yang menunjukkan seorang kanak-kanak didera ibu kandungnya.

POLIS menahan seorang wanita selepas tular video memaparkan suspek memukul dan menghempas anak perempuannya ke tanah.

Dalam video tersebut memaparkan seorang ibu memukul anak perempuannya yang berusia dua tahun beberapa kali sebelum menghempas mangsa ke tanah.

Lebih kejam lagi, suspek dilihat seakan-akan tidak berhati perut memukul anaknya itu walaupun kanak-kanak malang tersebut menangis dan meraung kesakitan.

Dia turut dilihat menarik rambut mangsa dan mencampaknya tanpa belas kasihan.

Kejadian itu berlaku pada 31 Oktober lalu di daerah Los Edorias, San Francisco, Venezuela.

Difahamkan insiden itu dirakam oleh salah seorang saudara suspek yang berada di lokasi kejadian.

Menurut Bolivarian National Guard (GNB), suspek yang juga merupakan ibu mangsa didapati mendera dan melakukan keganasan terhadap mangsa.

"Wanita yang dikenali sebagai Norbella María Olivero Bernal, ditahan selepas beberapa jam video berkenaan tular di sosial media.

"Suspek yang berusia 25 tahun akan didakwa atas kesalahan mendera kanak-kanak berdasarkan bukti pada video berkenaan," memetik laporan media antarabangsa Venezuela.detailzero.

Kanak-kanak perempuan tersebut kini berada dalam jagaan datuknya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram