[VIDEO] Lelaki 'gila' ketuk belakang kepala warga emas guna parang


  • Benua
  • Khamis, 03 Nov 2022

Seorang lelaki secara tiba-tiba diketuk dari arah belakang dengan parang sehingga cedera. — Agensi

SEORANG lelaki berusia 31 tahun ditahan selepas mengetuk kepala seorang warga emas berusia 69 tahun dengan menggunakan Parang di Jalan Changi, pada 26 Oktober lalu.

Polis dimaklumkan berkaitan kejadian berkenaan kira-kira pukul 3.35 petang namun suspek telah melarikan diri.

Akibat tindakan suspek, mangsa lelaki itu mengalami kecederaan di kepala sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Tindakan lelaki itu juga dirakam kamera litar tertutup yang terletak di lokasi kejadian.

Menerusi rakaman itu, ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di sebuah kedai rucit sebelum didatangi suspek dari arah belakang.

Suspek secara tiba-tiba mengetuk kepala mangsa dengan menggunakan parang sebelum melarikan diri.

Sementara itu, Polis Bedok dalam satu kenyataan berkata, suspek telah ditahan pada hari sama kejadian berlaku.

Jelasnya, turut ditemukan ialah parang digunakan suspek yang dibuang ke dalam sebuah tong sampah berhampiran lokasi kejadian.

"Berdasarkan siasatan, suspek tersebut dipercayai mengalami sakit mental dan sedang dipantau di bawah bahagian psikiatri," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram