[VIDEO] Polis cekup remaja 17 tahun, tikam belakang leher kawan di sekolah


  • Benua
  • Khamis, 03 Nov 2022

Tangkap layar video suspek menikam leher mangsa dari arah belakang.

SEORANG remaja lelaki ditahan selepas cuba membunuh rakannya di sebuah sekolah yang terletak di New York, Amerika Syarikat pada Isnin, lapor New York Post.

Tindakan remaja itu berjaya dirakam menerusi telefon pintar pelajar lain yang mana suspek dilihat menikam leher mangsa dari arah belakang.

Namun percubaan membunuh itu berjaya dihalang oleh seorang guru yang berada di kawasan terbabit.

Mangsa bergelut dengan suspek untuk menyelamatkan diri dan mengalami kecederaan pada leher, belakang dan tangan.

Jurucakap polis tempatan berkata, suspek yang berusia 17 tahun bertindak menikam mangsa menggunakan pisau dari arah belakang di dewan sekolah beberapa kali sebelum dihalang oleh guru sekolah.

“Guru terbabit bertindak dengan sangat cepat tanpa mementingkan keselamatan dirinya,” kata polis terbabit.

Suspek berjaya ditahan sebaik sahaja polis tiba di sekolah dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Pihak polis meminta kepada mana-mana pelajar yang mempunyai maklumat dan merakamkan kejadian itu untuk segera menghubungi pentadbir sekolah bagi membantu siasatan.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram