[VIDEO] Cemas ular sawa gergasi dalam bas sekolah, banyak kambing sudah kena telan


  • Benua
  • Selasa, 18 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan ular sawa kekenyangan dalam sebuah bas di India.

PENEMUAN seekor ular sawa gergasi di dalam sebuah bas di Uttar Pradesh Raebareli, India, pada Ahad kini tular di media sosial.

Pegawai Bandar, Vandana Singh dan Majistret Bandaraya, Pallavi Mishra yang panggilan kecemasan tersebut kemudiannya menghubungi pihak Jabatan Perhutanan dan Hidupan Liar.

Berdasarkan laporan India Today, ular tersebut seberat 80 kilogram (kg) dan panjangnya mencecah lebih 3.3 meter (m).

Menurutnya lagi, ular sawa tersebut menyorok di bawah tempat duduk di dalam bas sekolah awam itu.

Menerusi rakaman video tersebut, para penyelamat dilihat berusaha dalam mengeluarkan ular gergasi tersebut dari sebuah ruang di bawah tempat duduk di dalam bas.

Mujurlah, insiden itu berlaku pada Ahad iaitu cuti hujung minggu dan tiada murid dalam bas berkenaan ketika kejadian.

Lapor India Today, ular tersebut kemudiannya dilepaskan di sebuah hutan di Dalmau, India.

Menurut sumber, bas sekolah tersebut sebenarnya diletakkan di kawasan rumah pemandu. Beberapa ekor kambing yang berada di sekitar kawasan tersebut dilaporkan telah dimakan oleh ular sawa tersebut.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram