[VIDEO] 'Rasa ajal sudah tiba’, lelaki kongsi pengalaman dirawat akibat terkena sihir


  • Tular
  • Selasa, 25 Okt 2022

Tangkap layar Jack sedang mendapatkan rawatan Islam bersama Pak Lang.

SEORANG lelaki berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Islam setelah dipercayai lebih 20 tahun menjalani kehidupan dengan didampingi makhluk halus.

Individu yang dikenali sebagai Jack berkongsi pengalamannya itu di akaun TikTok, jckporthaijizalim.

Menurutnya, sepanjang menjalani rawatan, dia hampir berasa putus asa kerana tidak mampu menahan kesakitan yang dialami.

“Demi ALLAH, aku katakan sakit dan teramat pedih waktu diri menarik keluar sehinggakan aku hampir berputus asa, ajal sudah tiba,” katanya.

Jack difahamkan mendapatkan rawatan dengan individu yang mahir dalam perubatan Islam di Manjung, Perak dan dikenali sebagai Pak Lang.

Luah Jack, dia berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan Pak Lang kerana berjaya membantunya untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Terima kasih ALLAH kerana mempertemukan aku dengan Pak Lang dan Mak Lang yang baik dan dapat membantu masalah yang hampir menghancurkan hidup aku.

Rakaman menunjukkan keadaan Jack ketika mendapat rawatan Islam akibat ganggunan makhluk halus.

“Setelah dibaca beberapa ayat al-Quran, segala makluk yang pernah ada berdamping dengan aku, Alhamdulillah dengan pertolongan ALLAH dan disebabkan pertemuan dengan ustaz yang baik dapat dibuang. Terima kasih ALLAH, “ katanya.

Melihat ke ruangan komen, beberapa pengguna media sosial lain ada yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan kejadian mistik sebegitu.

“Pernah alami dekat sepupu. Dia merangkak macam harimau sebab arwah atok (datuk) saya dia pernah ambil penjaga untuk jaga haiwan peliharaan dengan kebun,” kata Balqis127.

“Yang pernah merasa yang tau. Saya pernah jadi macam ular, sekali kucing hitam muncul terus lembik dan lepas buang dapat pula saka harimau, mengaum dan minum macam harimau,” kata Cahaya Syahid.

“Cuma saya ingatkan, kalau kena rasuk, jangan sampai dia cecah ke tanah, sebab pernah jadi dia tidak mahu balik,” kata Neslo ais.

Pada masa sama pengguna media sosial lain mendoakan semoga Jack dapat menjalani kehidupan lebih baik dan menasihatkan agar berhati-hati agar tidak terkena gangguan makhluk halus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram