[VIDEO] Ular sawa 'makan tuan,' sampai berdarah tangan dibuatnya


  • Benua
  • Rabu, 26 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang wanita mengalami pendarahan di tangannya akibat digigit ular peliharaan.

SEORANG wanita melalui detik cemas apabila diserang dan dicederakan ular peliharaannya ketika cuba untuk mengeluarkannya dari sangkar sebelum video itu mula tular di media sosial sejak Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini, wanita berkenaan mengalami pendarahan serius di tangannya akibat dibelit dan digigit ular berkenaan.

Tragedi itu terjadi ketika wanita terbabit menanggalkan penutup sangkar haiwan tersebut untuk memberikannya makanan.

Namun, situasi mula berubah apabila ular tersebut mula mengganas dan menyerang tangan kanannya.

Meskipun cuba untuk memasukkan semula haiwan itu ke dalam sangkar, namun usahanya gagal apabila ular berkenaan semakin agresif.

Menyedari situasi tersebut, seorang lelaki kemudiannya berlari ke arah wanita terbabit untuk memberikan bantuan.

Lelaki itu cuba memisahkan ular tersebut dengan menggunakan cangkuk besi, namun situasi bertambah parah apabila titisan darah kelihatan mula mengalir daripada tangan wanita terbabit.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kerisauan berhubung kejadian itu.

“Memelihara ular sangat berbahaya, sebaiknya haiwan itu diharamkan daripada dimiliki oleh mana-mana pihak,” kata John Awardy.

“Jangan lepaskan haiwan itu kalau belum diberi makan, ular itu mungkin kelaparan dan marah tuannya sampai bertindak ganas seperti itu,” jelas Bobbybollocks.

“Satu mimpi ngeri buat wanita itu, dari kecil pelihara ular dan bila sudah membesar jadi mangsa, saya sangat bersimpati dengan nasibnya” tambah Catheri4476.

Masih belum ada sebarang maklumat lanjut berkenaan situasi semasa wanita berkenaan setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram