[VIDEO] Serbia, Kosovo di ambang perang angkara nombor plat kereta


  • Benua
  • Rabu, 02 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan pihak tentera Serbia dalam perjalanan ke sempadan Kosovo.

KETEGANGAN antara dua negara Balkan, Serbia dan Kosovo kembali hangat apabila isu berhubung pertikaian plat pendaftaran lesen kereta.

Pihak berkuasa Kosovo sudah memberi arahan kepada masyarakat etnik minoriti Serbia yang tinggal di negara itu supaya menggantikan plat pendaftaran kenderaan mereka dengan plat Kosovo.

Sebagai tindak balas terhadap tindakan Kosovo, Menteri Pertahanan Serbia, Milos Vucevic meletakkan tenteranya di sempadan Kosovo dalam keadaan berjaga-jaga.

"Kami tidak bersedia untuk berperang, tetapi kami perlu berjaga-jaga," kata Milos.

Menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan sejumlah kenderaan tentera Serbia bergerak ke sempadan Kosovo, sebuah negara yang berpisah daripada Serbia pada lewat 90-an.

Kesatuan Eropah (EU) menasihatkan Kosovo dan Serbia untuk menjaga hubungan negara sekiranya mahu menyertai kesatuan itu yang kini memiliki keahlian 27 buah negara.

Namun, masalah mula timbul anggota etnik minoriti Serbia yang tinggal di utara Kosovo mula membuat sekatan jalan raya, membunyikan siren serbuan udara dan melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak berkuasa Kosovo melarang penggunaan nombor plat Serbia.

Pada bulan Jun, Kosovo meluluskan undang-undang yang memerlukan kenderaan dengan plat kereta Kosova.

Namun, akibat tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan EU serta ketegangan dari kawasan utara yang mempunyai sebilangan penduduk Serbia, maka undang-undang tersebut ditangguhkan sehingga 1 November lalu.

Kemerdekaan Kosovo pada 2008 diiktiraf AS dan kebanyakan negara EU manakala Serbia bergantung kepada Rusia dan China untuk mengekalkan bekas wilayahnya itu.

Belgrade kehilangan Kosovo pada 1999 selepas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengebom negara itu bagi menghentikan keganasan kumpulan pemberontak dan pengganas Serbia.

Selepas itu, NATO melaksanakan misi pengaman di Kosovo dan mana-mana campur tangan ketenteraan Serbia akan membangkitkan semula ketegangan, sekali gus mencetuskan kembali perang seperti 1990-an. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram