[VIDEO] Polis siasat kes 'ah long' diarak telanjang selepas dicekup tiduri isteri orang


  • Benua
  • Rabu, 02 Nov 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan berbogel selepas ditangkap bersetubuh bersama seorang wanita.

SEORANG lelaki dipercayai pengutip hutang atau 'ah long', diarak keliling kampung dalam keadaan berbogel selepas dicekup bersetubuh dengan isteri orang di Desa Karangwader, Penawangan, Grobogan, Jawa Tengah Indonesia.

Ketika serbuan dilakukan, pemuda terbabit dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri bersama seorang wanita berstatus ibu kepada seorang anak.

Dikongsikan di laman Instagram, rakaman itu menerima lebih 30,000 jumlah tontonan setakat ini.

Difahamkan, serbuan itu dilakukan selepas penduduk mula berasa sangsi dengan kedatangan pemuda terbabit di lewat malam untuk mengutip hutang.

Ketika ditangkap, lelaki terbabit yang dipercayai bekerja di sebuah bank itu disoal siasat oleh penduduk kampung dalam keadaan berbogel.

Dengan tangan yang diikat, pemuda terbabit kemudiannya diarak orang awam sehingga tiba di balai raya kampung.

Wanita yang ditangkap menjalin hubungan sulit bersama suspek adalah pelanggan bank di tempat bekerja lelaki berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam perbuatan kedua-dua pasangan tersebut.

“Sepatutnya wanita itu juga diarak dalam keadaan bogel bersama lelaki tersebut, sudah berkahwin dan ada anak masih mahu curang,” kata mohammadnoorcahyaeka.

“Sudah ada anak tetapi perangai seperti iblis, kasihan si suami yang penat mencari rezeki di luar, isteri pula bersetubuh dengan orang lain,” jelas agusmawardi.

“Jangan hukum satu pihak sahaja, kedua-dua mereka sebenarnya bersalah kerana kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi,” tambah hryzza.

Kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram