[VIDEO] Buaian berputar menjunam ke tanah, 20 pengunjung cedera, badan melecur


  • Benua
  • Rabu, 02 Nov 2022

Tangkap layar menunjukkan buaian berputar yang mengalami kerosakan di Pameran Ekspo Teloloapan, Guerrero, Mexico..

SUASANA meriah di sebuah ekspo bertukar tragedi apabila buaian berputar yang dinaiki pengunjung mengalami kerosakan dan menjunam ke tanah ketika sedang beroperasi di bandar Teloloapan, Guerrero, Mexico.

Kejadian itu sekali gus mengakibatkan 20 penumpang mengalami kecederaan dan kesan melecur badan akibat insiden tersebut.

Situasi itu dikongsikan oleh salah seorang saksi kejadian yang sempat merakamkan tragedi terbabit.

Ia antara tarikan utama pada ekspo tersebut, buaian itu mempunyai struktur mendatar yang mampu menaikkan tempat duduk penumpang sambil berputar sehingga 360 darjah pada paksinya.

Berikutan kejadian itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital di bandar Teloloapan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pada September lepas berlaku satu insiden serupa di Murcia apabila salah satu tali pada kereta kabel yang dinaiki penumpang terputus.

Situasi itu mengakibatkan kira-kira 40 orang tergantung di udara pada ketinggian 40 meter selama 10 minit.

Namun, tragedi itu berakhir dengan selamat apabila pihak pengurusanan membantu menurunkan penumpang secara manual. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram