[VIDEO] Remaja hoodie kuning tunjuk lagak, cuba lastik orang ramai sebelum lari ketakutan


  • Benua
  • Selasa, 01 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan tindakan remaja berkenaan cuba melastik orang ramai.

TULAR sebuah video memaparkan tindakan seorang remaja lelaki cuba melastik orang ramai dalam kejadian di Gorajuara, Indonesia pada Ahad.

Kejadian berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kedai di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan seorang remaja berbaju hoodie kuning tiba-tiba menjerit sebelum cuba melastik seorang lelaki di hadapan kedai berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan motif sebenar tindakan remaja berkenaan yang cuba mengancam orang ramai.

Difahamkan, rakan remaja berkenaan yang menunggang motosikal cuba menghalang perbuatannya namun gagal selepas dia terjatuh dari motosikalnya.

Situasi menjadi tegang selepas remaja berkenaan berkali-kali mengancam orang ramai dengan menjerit dan menarik lastiknya.

Kejadian diakhiri dengan insiden remaja berkenaan melarikan diri selepas ketakutan dikejar orang ramai yang berang dengan tindakannya itu.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut berhubung identiti dan keadaan remaja tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan remaja berkenaan yang menganggu ketenteraman awam.

"Apa masalah yang berlaku sehingga mahu menyakitkan orang lain. Bahaya sekiranya terjadi apa-apa," kata Amal.

"Mujur tiada yang cedera dalam kejadian ini. Mungkin dia mempunyai masalah atau tidak berpuas hati hingga mahu mencederakan orang lain," luah Jesly.

"Ini yang bahaya sekiranya lastik dijadikan sebagai senjata untuk mencederakan orang lain. Harap pihak berkuasa dapat pantau," jelas Sindrawati. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram