SEORANG pembantu rumah didera majikan yang dipercayai berlaku di Kabupaten Bandung Barat, Indonesia, pada Ahad.
Rakaman video yang tular itu dikongsikan di Instagram oleh Terang Media memaparkan keadaan mangsa yang menyayat hati.
Rakaman video tersebut memaparkan keadaan mangsa yang lebam sampai kebiru-biruan di muka dan badan sambil disoal oleh jiran tetangga.
Mangsa, Rohimah, 29, kemudiannya dibantu jiran untuk dibawa ke balai polis bagi membuat laporan.
Ketua Polis Cimahi, Asisten Komisioner Rizka Fadilla berkata, Rahimah kini sedang menerima rawatan di Hospital Sartika Asih kerana masih banyak kesan luka di seluruh badan mangsa.
Tambahnya lagi, hasil rawatan mendapati luka di badan mangsa merupakan luka akibat kekerasan.
Mangsa dilihat mengalami trauma atas kejadian yang berlaku dan bakal menerima rawatan lanjut.
Punca kejadian masih dalam siasatan.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram