[VIDEO] Bengang lepas bergaduh, pemandu kereta ‘naik hantu’ rempuh penduduk, penunggang motor


  • Benua
  • Isnin, 31 Okt 2022

Tangkap layar yang memaparkan kejadian seorang pemandu kereta merempuh seorang penunggang motosikal dan beberapa penduduk tempatan. — Agensi

SEORANG pemandu merempuh beberapa penduduk selepas bertengkar dengan penunggang motosikal di satu lorong sempit di Alipur, Delhi, Indonesia.

Kejadian itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.

Polis berkata, tiga individu cedera dalam kejadian tersebut dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut polis, kejadian berlaku pada 26 Oktober lalu dan ketika itu, pemandu telah terlanggar seorang penunggang motosikal yang berada di tepi jalan.

"Kedua-dua mereka kemudian bertengkar antara satu sama lain.

"Penduduk yang melihat kejadian itu segera campur tangan dan mengawal keadaan sebelum pemandu tersebut masuk ke dalam keretanya dalam keadaan marah.

"Kemudian, pemandu itu memecut kenderaannya dan melanggar beberapa penjalan kaki sebelum memecut meninggalkan kawasan tersebut," katanya.

Polis kemudian mengesan suspek menerusi nombor plat kenderaannya sebelum ditahan di rumahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram