[VIDEO] Toyota Avanza pasangan pencuri terjunam dalam sungai, panik dikejar orang kampung


  • Benua
  • Isnin, 31 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan sebuah kereta Toyota Avanza milik pencuri yang terjunam ke dalam sungai.

AKSI melarikan diri pasangan pencuri berakhir apabila kereta dinaiki kedua-dua suspek dilaporkan terjunam ke dalam sungai dalam kejadian dipercayai berlaku di Indonesia pada Isnin.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh Terang Media di Instagram, orang kampung sedang mengeluarkan barang-barang yang dicuri dari kenderaan tersebut.

Menurut laporan Tribun Jateng, pasangan pencuri tersebut sebelum itu memulakan aktiviti haram seawal pukul 3 pagi.

Ketua Kampung Kedunguter, Ngaripin berkata, orang kampung kemudiannya melihat sebuah kereta Avanza putih yang mencurigakan berhenti sambil membuka bonet keretanya.

Tambahnya lagi, "Tiga penduduk kampung melihat pintu belakang kereta tersebut dibuka untuk memasukkan tong gas yang dicuri."

Orang kampung memantau dan mendapati di dalam kereta tersebut terdapat empat buah basikal dan dua tong gas yang dicuri oleh pasangan tersebut.

Warga kampung terus mengejar pencuri tersebut sambil menjerit 'pencuri-pencuri' bagi menarik perhatian orang ramai.

Pasangan pencuri tersebut panik sehingga melanggar motor dan pagar rumah sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Orang kampung membantu pencuri tersebut keluar dari sungai dan terus dibawa ke balai polis berdekataan bagi membantu siasatan.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pencuri, Indonesia, basikal, gas