Lelaki pijak hiasan kolam Deepavali, perakam direman tiga hari


  • 112
  • Isnin, 31 Okt 2022

Tangkap layar daripada rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki memijak hiasan Deepavali baru-baru ini.

DUA lelaki yang terlibat dalam rakaman video tular di aplikasi TikTok yang memijak hiasan kolam Deepavali di Hospital Pakar KPJ Klang, Selangor sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki tersebut selepas selepas kedua-dua mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada Ahad.

Kedua-dua individu berkenaan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Dalam video tersebut menunjukkan, menunjukkan lelaki itu sengaja berjalan di atas kolam dan merosakkannya sekali gus menimbulkan rasa kurang senang warga maya.

Polis membuka satu kertas siasatan sejurus selepas orang awam membuat laporan terhadap video berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Hospital Pakar KPJ dalam satu kenyataan mengesahkan individu yang terlibat dalam video berkenaan merupakan kakitangan syarikatnya.

Hospital tersebut turut menegaskan mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan jelik dan tidak profesional daripada mana-mana kakitangan mereka dan akan menjalankan siasatan dalaman. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram