[VIDEO] Wartawan nyaris dirompak 2 penjenayah ketika siaran langsung


  • Benua
  • Sabtu, 29 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan dua lelaki cuba merompak seorang wartawan.

SEORANG wartawan nyaris dirompak dua lelaki yang menaiki motosikal ketika bersiaran secara langsung berhampiran Stadium Olímpico Monumental, Brazil pada Khamis.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika wartawan tersebut sedang bersiaran secara langsung menunjukkan persiapan perlawanan antara pasukan Flamengo FC dan Paranaese FC sebelum dihampiri dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol.

Bagaimanapun, dua lelaki terbabit menyedari wanita tersebut merupakan seorang wartawan yang sedang bersiaran secara langsung sebelum menutup muka dan melarikan diri.

Seorang anggota polis yang kebetulan berada di lokasi mengejar kedua-dua lelaki terbabit namun tidak dapat dipastikan sekiranya penjenayah itu berjaya ditahan atau sebaliknya.

Rakaman video berdurasi 47 tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

"Bila anda sudah terlalu terdesak sampai tidak sedar siapa yang akan menjadi mangsa rompakan," kata Rebecca.

"Penjenayah sudah salah sasaran, habis wajah mereka dikenali yang akan memudahkan proses tangkapan dilakukan," jelas Armelo.

"Kawasan itu memang terkenal dengan kes pergaduhan, keganasan dan jenayah kerana berada di wilayah kumpulan penjenayah, Hati-hati bila anda berada di situ," kata Juan.

"Nasib baik penjenayah tidak meneruskan rompakan kalau tidak habis semua dapat melihat keganasan berlaku secara langsung," luah Cathreen. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram