ORANG ramai bertempiaran lari ketika 53 gerabak sarat membawa arang batu tergelincir dari landasan yang dipercayai berlaku di Bihar, India, pada Rabu.
Kejadian tersebut sempat dirakam oleh warga kampung dan dikongsikan oleh Hindi News di laman Twitter dan mendapat tontonan sebanyak 13.7 juta.
Menurut laporan India Today, nahas itu berlaku pada pukul 6.24 pagi di antara stesen Koderma dan Manpur.
Tambahnya lagi, kemalangan itu mengganggu lalu lintas rel di kawasan tersebut.
Menerusi rakaman tersebut, dapat disaksikan keadaan gerabak itu sebelum dan selepas nahas berlaku.
Kejadian itu menimbulkan suasana panik orang kampung di sekitar kawasan tersebut.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Menurut kenyataan East Central Railway di laman Twitter , punca sebenar masih dalam siasatan. Pasukan kereta api sedang melakukan kerja-kerja untuk memulihkan laluan tersebut.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram