LULUH hati seorang suami melihat isterinya maut terbakar dalam sebuah kereta selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam Sabtu.
Kejadian itu dipercayai berlaku di kilometer 45 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Sedenak, Johor menuju ke arah selatan.
Video kejadian itu dikongsikan pengguna Facebook, Ridzema Naj yang memaparkan seorang lelaki meraung melihat ke arah sebuah kenderaan yang terbakar di tengah-tengah lebuh raya.
"Terkini, kemalangan maut di kilometer 45 menuju lebuh raya PLUS ke arah selatan sebelum sampai Sedenak, Johor.
"Lori treler rempuh terus beberapa buah kereta dari belakang sewaktu kesesakan lalu lintas.
"Isteri meninggal dalam kebakaran kereta tersebut. Lebuh raya ditutup sepenuhnya ketika ini oleh pihak berkuasa," tulisnya.
Dalam video tersebut menunjukkan api sedang memaparkan sebuah kereta terbakar ekoran daripada kemalangan itu.
Turut kedengaran mangsa kemalangan tersebut terduduk menangis sambil ditenangkan orang awam.
"Yang, saya tidak tinggalkan awak yang, sumpah tidak tinggalkan.
"ALLAH, bini saya bang. ALLAHuakbar sayang. ALLAHuakbar," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersedih dengan kejadian yang menimpa lelaki tersebut.
"Luluh hati dengar suami dia meraung.
"Jahanam buat lori yang laju dan menjadi pembunuh. Nanti alasan, brek tak makan," tulis Cik Ana Bunga.
"Ya ALLAHuakbar. Tak boleh bayang perasaan suami ALLAHuakbar. Innalillahiwainnalillahirajiun," kata Eiyka Zalikhaa.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa setakat ini berhubung kejadian tersebut.. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram