Dihina ‘budak kampung’, wanita lepas geram ganyang penumpang kereta api


  • Benua
  • Khamis, 20 Okt 2022

Tangkap layar rakaman video tiga wanita bergaduh dalam kereta api dalam perjalanan di Mumbai, India.

MENGGUNAKAN perkhidmatan awam dengan menaiki kereta api merupakan salah satu cara untuk berjimat memandangkan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Kemudahan itu turut menjadi antara pengangkutan awam yang sentiasa menjadi tumpuan terutama di India.

Bagaimanapun perkara itu menjadi cabaran terbesar buat sekumpulan wanita yang menaiki kereta api di Mumbai apabila menjadi saksi pergaduhan tiga wanita.

Difahamkan perkara tersebut bermula apabila salah seorang mereka meminta diberi ruang untuk berdiri, tetapi permintaannya tidak diendahkan.

Sebaliknya wanita terbabit meneruskan perbualan dengan seorang lagi wanita.

Rakaman video pergaduhan tiga wanita di dalam gerabak kereta api di Mumbai, India.

Disebabkan tidak puas hati, wanita terbabit melancarkan ‘perang’ mulut dan kedua-duanya saling mengata antara satu sama lain termasuk menggunakan panggilan budak kampung.

Kemudian ketiga-tiga mereka terlibat dalam pergaduhan dan bertarik rambut sehingga menjadi tontonan umum.

Rakaman babak pergaduhan itu dirakam dan tular di media sosial.

Setelah beberapa minit bergaduh, muncul dua wanita cuba untuk menghentikan pergaduhan.

Keadaan ketiga-tiga wanita itu bagaimanapun tidak diketahui sama ada mengalami sebarang kecederaan atau tidak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram